Thursday, March 8, 2007

pencemaran

Jenayah terhadap alam sekitar lebih besar dosanya

MASALAH pencemaran sungai sentiasa diuar-uarkan oleh pihak kerajaan, sehinggakan Perdana Menteri menyuarakan kebimbangan beliau tentang betapa teruknya keadaan sungai di Malaysia ini.
Beliau sambil bergurau menyatakan bahawa air sungai sudah jadi macam air teh susu dan jika dilempar anak buaya akan mati beberapa minit sahaja. Walaupun lucu tetapi teguran beliau adalah serius. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar memandang penting tentang masalah pencemaran sungai, sehingga meminta pihak tertentu menghantar laporan tentang pencemaran Sungai Selisik.
Air terjun di Kampong Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang telah dirosakkan. Air terjun di Titi Kerawang, Pulau Pinang telah musnah. Pendek kata setiap hari ada sahaja laporan tentang masalah alam sekitar tetapi kian hari kian bertambah sehinggakan segenap lapisan masyarakat terkena bahana yang berpunca dari sebilangan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Pemusnah dan pencabul terhadap alam sekitar tidak pernah dihukum setimpalnya. Penjenayah alam sekitar sebenarnya lebih besar dosanya kalau dibandingkan dengan penjenayah biasa. Bayangkan kalau sebatang sungai itu musnah, segala hasil seperti ikan, udang dan siput akan turut musnah. Jikalau ditaksirkan berjumlah berjuta-juta ringgit dan generasi yang akan datang tidak akan berpeluang menikmati ikan yang lazat dari sungai seperti jelawat, patin dan kelah. Udang galah yang biasa ditangkap di kawasan hutan nipah juga begitu berkurangan.
Air sungai yang bersih yang boleh digunakan sebagai air minum dan untuk mandi sudah jarang ditemui sekarang. Jika dahulu, P.Ramlee mendapat ilham mengarang lagu sambil duduk bersantai di tepi sungai, tetapi dengan keadaan sungai yang ada sekarang, sukar untuk pencipta lagu mendapat ilham. Sungai yang kotor akan mendatangkan pelbagai masalah, bukan sahaja baunya sahaja busuk bahkan tempat pembiakan penyakit.
Jikalau sebahagian besar masyarakat Malaysia tidak begitu faham tentang konsep alam sekitar yang berlandaskan ilmu ekologi, maka masalah alam sekitar tidak boleh diatasi. Setiap pelan pembangunan harus berlandaskan prinsip ekologi, jikalau tidak hancurlah kelestarian alam sekitar. Contohnya, masalah banjir tidak boleh diatasi dengan berlandaskan teknologi moden dan kejuruteraan yang canggih semata-mata tanpa mengambil kira ekologi kawasan yang terlibat.

Wednesday, March 7, 2007

Si Kecil

Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.
Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak. Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.

Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.
Apabila ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima "mersapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.
Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.